Nestle Wellness: Makan, Minum & Bergembirala- tanpa perlu menambah berat badan.

Since I am going for an Iftar buka puasa International Buffet at Sheraton Hotel this weekend, this came at a right time.

Taken from hereNestle Wellness: Makan, Minum & Bergembirala- tanpa perlu menambah berat badan. 
Looks caloric.... 
|Jangan mengalah pada hidangan buffet.

Untuk menangani godaan hidangan jamuan sarat kalori, mula-mula berikan diri anda sepenuh kebebasan untuk memilih apa saja hidangan yang disediakan. Ini kerana, apabila anda menghadkan diri pada hidangan tertentu, anda akan menjadi sangat obses mengenainya dan ini akan mengakibatkan anda terlebih makan.

Sekiranya anda membiarkan diri anda mempunyai lebih banyak pilihan, ia akan membantu anda membuat pilihan bijak mengenai apa yang anda akan benar-benar makan, seterusnya membebaskan anda daripada sebarang kerisauan, perasaan bersalah dan juga lebihan berat badan.

Berikut beberapa strategi berguna untuk mengelakkan diri anda daripada tunduk pada godaan ‘makan besar’:

  • Makan sedikit sebelum jamuan untuk mengelakkan anda kelaparan
  • Tunggu sebentar sebelum makan hidangan seterusnya. 
  • Berilah sedikit masa agar perut anda dapat menghadam makanan.
  • Minum sedikit air sebelum anda mula ‘kenduri’.
  • Tentukan berapa banyak dan apa yang anda hendak makan sebelum anda penuhkan pingganAmbil pinggan yang lebih kecil (jika ada) untuk buffet, dan bukannya pinggan makan saiz biasa
  • Pilih makanan istimewa yang hanya boleh didapati pada waktu tersebut dan bukannya makan hidangan biasa yang ada sepanjang masa seperti nasi lemak atau kerepek kentang.
  • Elakkan kalori cecair dengan menghadkan pengambilan minuman manis seperti air bikarbonat, sirap dan minuman keras. Sebaliknya minumlah segelas air kosong.
  • Nikmati setiap suapan dengan mengetahui anda berhak menikmatinya tanpa melampaui had. 
Helah sebenar untuk menempuhi musim perayaan ini tanpa sebarang perasaan bersalah adalah untuk SENTIASA mempunyai kawalan diri. Sentiasa tahu apa yang anda makan dan pilihan senaman.

Semua perkara yang anda lakukan merupakan pilihan – walaupun anda tidak rasa begitu – jadi dengan
mengetahui akibat keputusan anda akan membuatkan anda lebih menikmati musim perayaan.

Contohnya jika anda akhirnya terlebih makan dan kurang bersenam, anda tahu yang anda mungkin akan naik sedikit berat badan. Sekiranya ia sudah dijangka, anda akan lebih bersedia untuk mengawal perkara tersebut sebaik sahaja tempoh beraya anda berakhir.

Comments

Popular Posts